Skip to the main content block
::: Utama| Peta laman|
|
Language

Formosa Dream Chasers - Programs - RTI Radio Taiwan International-logo

Rancangan
| Sekilas
Kategori
Penyampai Jadual Rancangan
Berita Terpopular
繁體中文 简体中文 English Français Deutsch Indonesian 日本語 한국어 Русский Español ภาษาไทย Tiếng Việt Tagalog Bahasa Melayu Українська Panduan Laman Web

Pengalaman Perbezaan Budaya & Pelan Masa Hadapan seorang Pelajar Malaysia di Taiwan

24/02/2026 Salam Taiwan
Saudara Aizat- Siswazah Malaysia di Taiwan. (Sebelah kiri)
Saudara Aizat- Siswazah Malaysia di Taiwan. (Sebelah kiri)
Saudara Aizat dalam kegiatan luar kampus berinteraksi dengan murid-murid sekolah rendah di Taiwan. (Sumber foto disediakan oleh Encik Aizat)
Saudara Aizat dalam kegiatan luar kampus berinteraksi dengan murid-murid sekolah rendah di Taiwan. (Sumber foto disediakan oleh Encik Aizat)

🌟🎙Salam Taiwan – Episod 1 Bersama Aizat 🎙🌟

RTI Bahasa Melayu mempersembahkan episod pertama Salam Taiwan, menampilkan kisah seorang pelajar Malaysia, Aizat, yang kini menuntut di Taiwan. Dalam wawancara ini, Aizat berkongsi pengalaman menyesuaikan diri dengan budaya baharu selepas keputusan besar melanjutkan pengajian ke National Taipei University (NTPU). 🎓🇹🇼

Episod ini membawa pendengar menyelami perbezaan gaya pembelajaran antara Taiwan dan Malaysia, kehidupan harian termasuk makanan yang unik, serta pengalaman sosial bersama masyarakat tempatan dan pelajar antarabangsa. 🌏🍜 Aizat turut berkongsi cabaran menyesuaikan diri dengan budaya tempatan, interaksi dengan pelajar dari pelbagai negara, dan kenangan unik sepanjang kehidupan di Taiwan.

Selain itu, beliau membuka cerita tentang pelan masa hadapan – sama ada kembali ke bidang kejuruteraan atau kekal dalam pendidikan bahasa – serta memberikan nasihat berharga kepada anak muda Malaysia yang bercita-cita menimba ilmu di Taiwan.

📻 Ikuti episod penuh Salam Taiwan di RTI Bahasa Melayu.

 👉 Perjalanan Aizat di Taiwan bukan sekadar akademik, tetapi juga tentang budaya, kehidupan, dan masa depan.

#SalamTaiwan #RTIBahasaMelayu #PelajarMalaysia #TaiwanExperience #BudayaDanStudi #RTI

 

Terima kasih!

Eric Yong (Penyampai Salam Taiwan)

eric.ywk@rti.org.tw

 

 

為提供您更好的網站服務,本網站使用cookies。

若您繼續瀏覽網頁即表示您同意我們的cookies政策,進一步了解隱私權政策。 

我了解