🌟 Pengenalan Rancangan – Anak Bersekolah di Taiwan: Penyesuaian & Pencapaian 🌟
Dalam episod khas Salam Taiwan, RTI Bahasa Melayu menampilkan wawancara bersama seorang ibu calon PhD dari Indonesia yang membawa anaknya bersekolah di Taiwan. Kisah ini membuka ruang perbincangan tentang bagaimana anak-anak pelajar antarabangsa menyesuaikan diri di tadika dan sekolah rendah kerajaan di Taiwan.
Perjalanan pendidikan anak ini bermula dengan cabaran sifar penguasaan Bahasa Mandarin, namun berkat sokongan guru, rakan sekelas, serta bantuan penterjemah bahasa, proses penyesuaian berjalan lancar. Anak beliau bukan sahaja diterima dengan layanan yang sama seperti murid tempatan, malah berpeluang menyertai pertandingan penceritaan dalam Bahasa Indonesia dan Bahasa Mandarin – pencapaian yang membanggakan keluarga dan sekolah.
Wawancara ini turut menyentuh proses pendaftaran sekolah kerajaan bagi warganegara asing, sikap pihak sekolah terhadap murid antarabangsa, serta harapan ibu ini terhadap masa depan pendidikan anak-anak selepas kembali ke tanah air.
📻 Ikuti kisah penuh inspirasi ini di RTI – Salam Taiwan.
#SalamTaiwan #RTIBahasaMelayu #PendidikanAnak #PelajarPhD #TaiwanExperience #SekolahRendahTaiwan #RTI
Terima kasih!
Eric Yong (Penyampai Salam Taiwan)